KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN" DAN PERBAHASAN
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032
SESI 1 2021/2022
NAMA PENSYARAH:
PUAN FARAH HANAN
KUMPULAN 8
Nama Kumpulan:
1.BALA ANAK DILANG
(20DAT21F1061)
2.FRESYELLA ANAK ATOL
(20DAT21F1051)
3.STEVE SHAGIE ANAK DEO
(20DAT21F1021)
4.MATIUSHANES MALANG
(20DAT21F1057)
ISI KANDUNGAN: |
TAJUK |
Objektif |
Pengenalan |
Konsep
Bangsa Idaman |
Rangsangan
Idea Bangsa Malaysia |
Usaha-Usaha
Ke Arah Pembentukan Malaysia |
Bangsa
Idaman Sebelum Dan Selepas Merdeka |
Bangsa
Idaman Sebelum DEB |
Bangsa
Idaman Era Malaysia Baharu |
Wawasan
Rakyat Malaysia |
Penutup |
Sumber
Rujukan |
OBJEKTIF:
Inilah yang dinamakan sebagai “bangsa idaman” iaitu sebuah harapan, sebuah idaman, majalah, sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea “bangsa idaman” sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. Konsep “bangsa idaman” bukan suatu konsep baharu, ianya bermula dari sejak tahun 1996 lagi, Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nation-of-intent ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika.
PENGENALAN
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa atau rakyat yang berbagai kaum.Hal ini dapat menggambarkan Bangsa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri perpaduan yang unggul serta unik. Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. Negara atau negeri ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.
KONSEP BANGSA IDAMAN
Konsep “Bangsa Idaman” bukan suatu konsep baharu. Sejak 5 tahun 1966 lagi, Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nation-of-intern Ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika. Malah di Malaysia, konsep yang sama juga digunakan oleh Rustam A. Sani pada tahun 1957 dalam mengkaji asal usul Gerakan Kiri Melayu. Shamsul sendiri menggunakan konsep bangsa idaman buat kedua kalinya di Malaysia pada tahun 1966. Namun pada hemat beliau, Malaysia bukan sahaja masih mencari-cari “bangsa idaman” yang ideal, malah perpaduan yang jelas masih menjadi suatu yang harmoni. Inilah yang dinamakan sebagai “bangsa idaman” iaitu sebuah idaman dan impian dalam mencapai perpaduan kaum. Namun, idea “bangsa idaman” seperti di Malaysia sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak.
Selain itu, kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO dan PAS. Menurut beliau lagi dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini,penekanan antara kaum atau “intra-ethic”.
RANGSANGAN IDEA BANGSA MALAYSIA
- Shamsul Amri Baharuddin, Malaysia in 2020 “One State Many Nations”. Observing Malaysia from Australia, 7th James Jackson Memorial Lecture, joined publication of Malaysian studies Association of Australia and ANSOS UKM, Bangi in 1992.
- “Malaysia’s Vision 2020”, Old Ideas in a New Package in 1992.
- "Nation of Intent in Malaysia" in Asian Forms of Nation.
USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA
a)PENDIDIKAN
- Melaksanakan sistem Pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan yang seragam.
- Memerapkan nilai jati diri, budi Bahasa dan seni budaya dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang sesuai.
- Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotism secara berterusan seperti perhimpunan bulanan, sambutan bulan kemerdekaan serta kibar jalur gemilang.
- Menjadikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan menjadi salah satu teras dasar perlaksanaan dasar negara bagi merealisasikan matlamat dalam memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan.
- Memperkenalkan mata pelajaran berkaitan negara bangsa di peringkat rendah dan menengah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan keharmonian antara kaum.
b)RAKYAT
Menjalin perpaduan yang erat antara satu sama lain.
Walaupun rakyat di Malaysia berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan
dan pegangan agama yang berbeza, namun kita dapat hidup dengan harmoni dan aman
damai tanpa pergaduhan dan perbalahan kerana hidup sandar-menyandar, bagai aur
dengan tebing.Mengadakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme.
Contoh;
- Perhimpunan bulanan
- Sambutan Hari Kemerdekaan
- Kibaran Jalur Gemilang
- Sambutan detik Ambang Kemerdekaan
POLITIK
Penubuhan parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan semangat permuafakatan kaum.
- Parti politik yang dimulakan oleh orang Melayu di bawah presiden UMNO.
- Tujuan: Berjuang mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah Inggeris.
- Berjaya memperoleh kemerdekaan dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
- Permuafakatan politik kekal dan menjadi teras permuafakatan.
KERAJAAN
- Negara diikat dengan falsafah pembangunan ekonomi yang adil di antara kaum,miskin dan kaya, Kawasan desa dan bandar.
- Menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di Malaysia.
- Isu perkauman dan agama dalam bentuk pentadbiran negara dapat diurus dengan dengan baik.
- Matlamat akhir: Memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat diatur dalam proses kerangka negara dan bangsa.
Pergerakan nasionalisme masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing- masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing.
CONTOH: di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman
- Pertama, ‘Melayu Raya’ anjuran kelompok strategik
- Kedua, 'negara Islam' anjuran kelompok strategik berorientasi Islam
- 'Masyarakat majmuk pimpinan Melayu' (Malay-led plural society nation) kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial.
- Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui ClC 1949 (Communities Liaison Committee 1949)
SELEPAS MERDEKA
Keinginan kolektif untuk mempunyai suatu ‘identiti nasional sepunya,’ atau sebuah bangsa. Idea dan wacana mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman, atau wajah Malaysia yang mereka inginkan.
Antara Bangsa Idaman utama pasca Merdeka 1957, konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran kelompok strategik daripada Singapura (awal 1960an) dan daripada Malaysia (akhir 1990an).
Bangsa Idaman pegangan pemerintah 1957-2018, ‘masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ (Malay-led plural society nation).
Bangsa Malaysia, Wawasan 2020
- Tun Dr Mahathir telah menggariskan sembilan cabaran strategik yang Malaysia mesti atasi untuk mencapai Wawasan 2020
- Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
- Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
- Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
- Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
- Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
- Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
- Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
- Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
- Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.
Gagasan 1Malaysia
- 1Malaysia (juga disebut Satu Malaysia) ialah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.
- Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.
Sabah for Sabahan
- Bangsa idaman anjuran Kelompok Strategik Internet hub di luar negeri
- Slogan 'Sabah for Sabahan' yang juga menjadi salah satu slogan Parti Warisan Sabah (Warisan) bukan membawa maksud sentimen yang terlalu kenegerian.
- Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, slogan berkenaan juga tidak bermaksud penduduk negeri lain tidak boleh memasuki Sabah.
Sarawak for Sarawakian
- Slogan ‘Sarawak for Sarawakians’ atau Sarawak untuk rakyat Sarawak telah wujud lama sebelum Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Sabah, Singapura dan Tanah Melayu pada 16 September 1963.
- Jurucakap STAR Sarawak, Zulfaqar Sa’adi berkata ‘Sarawak for Sarawakians’ telah digunakan oleh beratus ribu rakyat Sarawak yang menyertai perhimpunan dan demonstrasi yang dianjurkan pelbagai gerakan anti-Malaysia pada tahun 1962.
BANGSA IDAMAN ERA MALSYSIA BAHARU
- Bangsa Idaman Era Malaysia baru bermula pada 15 Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.
- Berlaku persaingan hebat diantara beberapa Bangsa Idaman (Competing nations-of-intent)
- Tun Dr Mahathir mengekal Bangsa Idaman ‘masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ (Malay-led plural society nation) sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia.
- Manakala PPBM,UMNO, dan PAS masih berpayung dibawah bangsa idaman ini, walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza pendapat.
- Kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dalam kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysia direalisasikan.
WAWASAN RAKYAT MALAYSIA
Idea, kupasan dan pelaksanaannya disedut dari pandangan DUA
TOKOH MUDA DAP, yang dibukukan sebelum Mei 2018
YB Zairil Khir Johari, (2017), Finding Malaysia: Making Sense of an Eccentric Nation
- ‘Eccentric Nation’ (Bangsa Tak Menentu) atau ‘Pragmatic Nation’ (Bangsa Yang Pragmatis) [Drama ‘Salah Pedoman’ karya Senu A. Rahman]
YB Yeo Bee Yin, (Feb. 2018), Reimagining Malaysia (2018)
- The Power of Dreams (unconnected to a Honda motto) dan Reformasi institusi sebagai anak kunci
K.J. Ratnam (2019), Identity, Nationhood and State-Building in Malaysia
- Jelas membezakan State (Negara) dan Nation (Bangsa)
PENUTUP
Pandangan terhadap konsep negara yang bercirikan wilayah dan bangsa adalah terhad. Dalam satu-satu wilayah, sempadan Penutup atau boundary tertentu, terdapat pelbagai perbezaan identiti, ciri-ciri budaya, dan juga citarasa. Menurut Shamsul, identiti berkumpulan atau ‘collective identity’ adalah bersesuaian dengan suasana kemajmukan masyarakat Malaysia. Selepas kejatuhan penjajah, wujud tiga keadaan di Asia Tenggara. Pertama, konsep satu negara bangsa dalam satu entiti seperti di Brunei. Kedua, negara tanpa bangsa seperti BangsaMoro. Ketiga, adanya entiti bangsa dan entiti negara seperti di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
SUMBER RUJUKAN
https://www.malaysia-today.net/2014/04/10/slogan-sarawak-for-sarawakians-sudah-lama-wujud/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020
https://www.utusanborneo.com.my/2019/08/21/slogan-sabah-for-sabahan-tiada-sentimen-kenegerian
https://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN VERSI POLITEKNIK MALAYSIA
Ulasan
Catat Ulasan